mari melayari...

Tuesday, 19 July 2011

lama sudah xberkarya :)

Sirna siang berganti malam
Pena pantas melakar  coretan  memori silam
Tika rakan meneruskan dakwah perjuangan
Penuh onak duri mehnah dunia pendidikan
Dalam penuh rasa jiwa selesa
Menabur bakti membangun anak didik
dunia bumi ligat berputar di sana

Tika itu jua kami di sini
Melangkah diri penuh berani
Sahut cabaran dunia misteri
Sebarkan Islam jauh di hujung negeri
Tintas harapan menggunung sentiasa kukuh teguh
Jatuh dan bangun akan ditempuh
Biarkan seketika hati ini luluh
Bisa ujian itu akan kami hadapi
bersungguh- sungguh
Demi daulat Islamiah tidak  akan runtuh

Ayuh rakan seperjuangan
Ayuh maju di dunia cabaran
Hayunkan langkah menggalas bebanan
Dalam mendidik hati terusik
Dalam mengajar jiwa tercabar
Namun berundur tidak terlintas
Penuh semangat hati menggalas
Singkirkan pergi
hati yang malas mengganas
Singkapkan kembali perencah kerajinan
Dalam merintis dunia kemajuan
Menuju satu gunung sandaran harapan
Hamparan permaidani impian
Demi kecemerlangan anak watan

Hari berlabuh saban hari
Bertukar menjadi hari esok
Biar bertukar sang mentari
Lantaran sunnatullah Ilahi
Yang pasti jiwa pendidik sentiasa bersemi
Dalam tingkah laku dan gerak tari
Lantasan tekad tersemat di hati
Menggalas kini di pundak kami
Laungan dan teriakan tenaga anak – anak kecil
Di ruang dasar telinga ini

Kami pendidik pejuang di sini
Menghamba diri mengerah budi
Bermusafir dan bertebaran ke serata negeri
Demi segulung janji dan impi
Agar Islam terus dinaungi
Dalam tiap pelusuk negeri kini
Madah perjuangan bukan asing lagi
Kerana kesabaran  dan ketabahan pendidik hari ini
Perjuangan pendidik baru bermula
Belum tiba saat lagi
Untuk jiwa pendidik selesai ketika ini

No comments:

Post a Comment